07 March 2013

realiti


"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya salah sorang sahabatku.

"Mencintaimu kerana Allah," kenape ?

tidak senang duduk dia dengan jawapan aku. Riak muka tidak puas hati lagaknya. aku pon bingung. kenapa? salah ke jwapan aku.. hmm

"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya,"

Terhenti seketika kerja yang aku tgah lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabatku tu.

"Cemburu dalam berukhwah? Aku setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini,"

Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. kerana takut kerana rasa memiliki tu akan merosakkan hati kita tanpa kita sedar. :)

No comments: