18 May 2013

aku dan kau berbeza. tapi melengkapi :)


Jarang seorang wanita banyak mulut bertemu jodoh dengan lelaki yang banyak mulut juga. Selalunya sifat semulajadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan. Perangai berbeza.

Adakah itu dikira serasi?

Ya, itulah keserasian. Bayangkan jika suaminya seorang yang bising dan isteri pula seorang yang kuat melalak, bagaimana rumahtangga mereka? mahu 'huru-hara' rumahtangga mereka. Selalunya rumah tangga seorang pemarah akan distabilkan oleh pasangannya yang cukup penyabar.




                Sekarang lihatlah pasangan kita, bagaimanakah dia? Redhalah dengan apa adanya mereka.






Oleh itu jangan risau jika kita dikurniakan pasangan yang mempunyai perangai berbeza =) 
sebab perbezaan itu sebenarnya saling melengkapi :)

No comments: