12 May 2013

generasi


Di dalam sebuah surau yang tenang, imam & makmumnya sedang menunaikan solat fardhu subuh 2 rakaat. Sedang imam mengalunkan surah Sajadah di rakaat pertama, imam tersalah bacaan. Makmum disebelah membetulkan bacaan imam tersebut. Tetapi, perlukah imam tersebut menoleh kebelakang & melihat siapa yang berusaha untuk membetulkan bacaan tersebut? Soal selidik  latar belakang makmum tersebut? Mengambil kira taraf hidup makmum tersebut sebelum meneruskan bacaan?

Tepuk dada, jangan bangga.
Cubit diri, biar terasa.

Aku selalu terimpi-impi,
terbayang-bayang,
terangan-angan,
termenung-menung,
termengelamun
Kita hidup saling memahami antara satu sama lain tanpa perlu berburuk sangka. Bukankah lebih bahagia?






Roh itu umpama pasukan tentera. Selepas saling mengenali, mereka berganding bahu. Tetapi, apabila mereka tidak saling mengenali, mereka akan berselisih faham. 

No comments: