16 November 2013

Ada ketika bila kita terlalu gembira, kita lupa pada apa yang pernah terjadi. Sibuk kita mengukir hari bahagia sehingga kita hampir mengulang semula sejarah yang lama. Kita hampir terjerumus kembali ke lembah gelap yang pernah difobiakan. Kita hampir membunuh hati sendiri, sekali lagi. Jadi, pentingkah sejarah di situ? Jika dikenang agak sukar untuk move on. Bila diabaikan, nah--- Sejarah Mungkin Berulang.

Tekak didehem beberapa kali sebelum melontarkan suara yang agak merdu serak-serak basah ini..

Andaiku turut rasa hatiiiiiii…..
Telah jauh ku bawa diriii..
Tapi kemaafan.. ku lahir dari hati… mengatasiiiiii

Sejarah mungkin berulanggg…. anggggg 
(sambil henjut badan gaya Tomok)
Walau engkauku maafkannn…
Ohhhh kekasih..
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimuuuuuuu…..uuuu 
(tune dah mula main lari-lari)




Sejarah untuk dikaji, bukan untuk dihafal dan lepastu kau boleh lulus periksa. Sejarah untuk diingati bukan untuk dikenang dan buat kau tak mampu untuk berjalan. Sejarah untuk dijadikan pedoman bukan buat kau terus meroyan. Sejarah untuk kau sedar kebodohan di masa silam dan mengelakkan kau untuk terus tenggelam. Faham sejarah dan kau akan faham erti kehidupan yang sebenar. :)


*p/s : dulu sejarah tu subjek favorite aku.dan aku antara pelajar yang akan skor A utk sejarah every exam. 

No comments: