22 April 2013

Dendam itu sampai bila?


Ada orang yang kata, orang yang tak berani membalas rasa sakit hati ni adalah pengecut. Mereka kata, orang yang kata “aku memaafkan” atau "lupakan jela" adalah orang yang hipokrit. Sakit hati perlu dibalas. sekiranya boleh, sehingga ke tahap yang sekejam – kejamnya.

Ini salah! Salah sama sekali.

Sebenarnya dia salah bila kata orang yang tak membalas sakit hati adalah pengecut. Menahan sakit hati supaya tak membalas dengan cara menyakiti kembali bukan tindakan pengecut, itu bijak!

Pengecut adalah ketika disakiti, lalu kita berasa sakit, kecewa, sedih dan berputus asa kerana tidak dapat berbuat apa – apa bagi membalasnya ataupun tidak tidak kuat menahan rasa sakit dengan kesabaran. Inilah yang disebut sebagai pengecut. Orang yang pengecut biasanya lari daripada tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Pertanyaan yang sering muncul sekarang, kenapa dendam muncul dalam diri kita?? Adakah dendam perlu dibalas? Sekiranya dendam tak terbalas, apa yang terjadi? hmm hmm..

Dendam bermula daripada rasa sakit hati. Dalam buku yang berjudul The Road to Allah, “Dendam adalah rasa marah yang kita simpan jauh dalam hati, sehingga merosakkan hati kita sedikit demi sedikit. Akibat menyimpan dendam, kita mengalami tekanan berpanjangan” ~ eiuwwwww. sungguh menakutkan bukan? 


Membalas keburukan dengan keburukan memang dapat membahagiakan hawa nafsu, Tetapi membalas keburukan dengan kebaikan adalah kemenangan manusia dihadapan manusia lain dan di hadapan Allah.

Bersabar, bersabar dan terus la bersabar..
Percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang ingin Allah tunjukkan kepada kita. Apa yang perlu buat adalah sabar dan yakin bahawa semua itu akan datang pada kita, tepat pada masanya.

“Apabila kamu membalas kejahatan, kamu perlu membalas kejahatan yang sama seperti yang ditimpakan kepada kamu dan apabila kamu bersabar, tindakan yang demikian itu adalah lebih baik untuk orang yang bersabar”  [ An-Nahl ayat 126 ]

1 comment:

nurul ezzatie zulkarnain said...

wit wit ~~

Smaq update!

baru ingat nak balas dendam tadi :P

tak jadilah ;)