20 May 2013

'turn left-turn right'





“Life is full of coincidences. Even two parallel lines might someday meet.” 



Masih ingat lagi tak masa belajar math dulu, cikgu kata parallel lines tak boleh bertembung. Macam tulah kita dengan jodoh kita, one day entah macam mana force of nature two parallel lines ni jadi satu, mungkin masa tu baru kita boleh jumpa jodoh kita; dalam line yang sama dalam arrow vector yang sama. Apa kena mengena math dengan post ni pulak? o.O

Ada satu movie ni, aku rasa aku tengok masa aku kecil dulu. tengok-tengok mcm tu je masa tu tapi konsep & falsafah cerita tu memang memorable gila. Cerita dia simple je, tajuk pun simple; “Turn Left Turn Right” tengok kiri tengok kanan don’t belok belok. hahaha. Okey nak dipendekkan cerita, cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki dan seorang perempuan yang selalu ada kat tempat yang sama contoh berjiran, lalu jalan yang sama, lepak tempat yang sama tapi diorang tak pernah nak ambil port atau kenal pun yang lagi satu tu. Senang cerita kalau perempuan tu turn right dia akan nampak lelaki tu kalau lelaki tu turn left dia akan nampak perempuan tu.


Hong Kong-Singaporean romance film, filmed in Taipei


Orang selalu kata, dunia ni kecil & dunia ni bulat je pusing seround kita mungkin akan jumpa each other balik. Orang-orang yang kita kenal sekarang kita mungkin dah berselisih bahu dengan diorang masa kat pasar malam ke mall ke dulu, lahir hospital sama duduk sebelah-sebelah je masa dalam tempat simpan baby ramai-ramai tu ke, tapi mana nak kenal unless kau ada photographic memory tu lain cerita lah.  Bagi akulah, benda tu yang dinamakan jodoh. Orang tu jodoh kau tapi mungkin kau tak nampak dan tak kenal pun sebab kau tak turn right dia pulak tak turn left. cukuplah aku alami perkara yg seakan2 sama. 

Jadi kalau korang naik public transport tu pandang kiri kanan, jalan-jalan kat taman tu pandang kiri kanan, jangan lupa masa lintas jalan pandang kiri kanan, kenal-kenal lah dengan jiran korang tapi janganlah buat gaya creepy tanya “En/Cik ke jodoh untuk saya?”. Tak thrill ah camtu.


No comments: